Berita dan Pengumuman

AKADEMI PENGAJIAN SAIDATINA AISYAH (APSA)

AKADEMI PENGAJIAN SAIDATINA AISYAH (APSA)

oleh Pentadbir ALAMS -
Number of replies: 0
Latarbelakang APSA

PENGENALAN

AKADEMI PENGAJIAN SAIDATINA AISYAH (APSA) adalah sebuah organisasi yang berdaftar sebagai sebuah syarikat berorientasikan pentarbiyyahan semi-akademik yang bekerjasama dengan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) dan NGOi yang merorentasikan pendidikan sepanjang hayat bagi mengangkat martabat wanita menurut Islam.

APSA menawarkan pelbagai latihan, kursus, perundingan dan bimbingan dalam aspek keilmuan dan kepakaran dari semasa ke semasa secara profesional dan efisyen khusus kepada para muslimah bagi menjayakan agenda membangun semula sistem pendidikan ummah menerusi usaha golongan wanita.

Pada peringkat awal operasi, APSA menawarkan kursus pelatihan secara khusus dan berterusan kepada naqibat dan bakal naqibat bertaraf diploma bagi memberikan lonjakan dalam pembudayaan ilmu dan aspek pentarbiyyahan dalaman para muslimat seterusnya membentuk sifat dan ketrampilan muslimat sebagai pemimpin organisasi dan masyarakat. Selain itu, beberapa kursus elektif sebagai nilai tambah turut dibuka kepada para muslimah yang berminat untuk meningkatkan kemahiran diri dari semasa ke semasa.

Untuk memastikan APSA terus berkembang dan menjadi institusi yang sentiasa memenuhi keperluan muslimah dalam menghadapi perubahan semasa, pelbagai modul berkaitan kewanitaan dan kekeluargaan sedang dirangka dari masa ke semasa.

Pada satu hari kelak, APSA mampu menawarkan kursus-kursus yang berdaya saing dengan institusi yang diiktiraf oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi dan mampu melahirkan golongan muslimah yang berjuang menegakkan amar ma’ruf nahi mungkar dalam kerangka pembudayaan ilmu-ilmu Islam.