Kursus ini menerangkan pengenalan usul fiqh, tujuan mempelajarinya, hukum-hukum syariah serta pembahagiannya. Seterusnya kupasan mengenai sumber-sumber perundangan syariah Islam pula menyusul, iaitu sumber-sumber yang disepakati dan yang tidak disepakati, kemudian mengenai kaedah-kaedah istinbat hukum. Akhir sekali, kursus ini mengupas mengenai pengantar maqasid syariah.