Kursus ini membincangkan kedudukan aqidah dan hubungannya dengan pembinaan dan pembentukan negara berdasarkan Al-Quran dan Hadith serta praktis sirah. Seterusnya, peserta dibentangkan dengan kedudukan Islam dalam perlembagaan negara Malaysia serta isu-isu yang berkaitan aqidah yang berlaku dalam negara seperti kristianisasi, murtad, hedonism, pelbagai ajaran sesat, libralisme dan sebagainya, serta kaedah menghadapi permasalahan ini dalam konteks individu muslimah dan harakah islam