Kursus ini membincangkan aspek kesihatan wanita dari sudut fizikal dan mental serta keperluan jasmani. Perkara lain yang turut disentuh adalah penyakit-penyakit yang banyak dihidapi oleh wanita masa kini, konsep asas ubat-ubatan serta rawatan asas untuk beberapa keadaan kecemasan yang boleh dilakukan oleh orang awam.

Kursus ini membincangkan konsep dakwah dan rukun-rukunnya yang merangkumi maudhu dakwah, da’ie, mad’u, uslub dan wasail dakwah serta cabaran dalam mengaplikasikan rukun-rukun tersebut dlm konteks perjuangan Islam terhadap sasaran dakwahnya. Secara lebih khusus, kursus ini mendedahkan tentang ilmu komunikasi dan psikologi yang sangat besar peranannya dalam penyampaian dakwah dengan merujuk kepada al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW bagi memastikan kejayaan dan keberkesanan dakwah.

Laman Peperiksaan Akhir Kursus DESA bagi Pelatih Syifa kemasukan pertama APSA Wilayah Persekutuan.

Kursus ini membincangkan konsep dan kepentingan tazkiyatun nafs menurut Al-Quran & Al-Sunnah. Kursus ini juga menerangkan metodologi dan tahap-tahap tazkiyatun nafs dijalankan serta cabaran-cabaran yang dihadapi dalam konteks muslimah.

Kursus ini merupakan kursus feqh al-nisa’ yang bersifat haraki dan sufi. Ia memberi penekanan kepada gambaran feqh al-nisa’ dan falsafahnya mengenai kehidupan seorang muslimah harakiyyah. Selain itu, ia juga membincangkan mengenai dalil-dalil bagi beberapa permasalahan yang berkaitan dengan muslimah, agar para pelajar dapat mengaplikasikan sesuatu perkara berlandaskan dalil yang jelas. Kursus ini juga membuka minda para pelajar mengenai hukum feqah wanita yang bersifat anjal tetapi tegas terhadap isu-isu modenisasi masa kini.

Kursus ini membincangkan tentang al-Quran dan al-Sunnah serta peranannya dalam kehidupan seharian Muslim. Fokus akan diberikan kepada konsep al-Quran dan al-Sunnah, peranan Muslim dan cara-cara. Selain itu, penekanan kepada tadabbur dan hafazan turut diberikan.

Kursus ini membincangkan  hakikat kehidupan beraqidah  berdasarkan al-Qur’an dan al-Sunnah bertunjangkan tauhid yang menjadi tasawur umum kepada mukmin haraki. Fokus penekanan diberikan kepada refleksi terhadap rukun iman dan kesediaan berkorban  demi meninggikan kalimah Allah di muka bumi Malaysia ini yang memerlukan hubungan yang teguh dan berterusan dengan Allah SWT di samping menganalisa fenomena yang merosakkan aqidah yang berlaku dalam masyarakat persekitaran dan menanamkan kepekaan peserta menerusi usaha mencari jalan penyelesaiannya.