Kursus ini membincangkan perkembangan Islam dan perubahan yang berlaku dalam dunia Islam kini serta
kedudukan umat Islam di mana jua mereka berada setelah kejatuhan khilafah Islam terakhir (Daulah
Uthmaniyah) serta kesannya kepada golongan wanita Islam. Seterusnya kursus ini membincangkan kewajipan
umat Islam memiliki kesedaran dan menunaikan tanggungjawab dan respon gerakan Islam serta kaedah
kaedah praktikal yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam khususnya para muslimah dalam mendepani
cabaran-cabaran seperti globalisasi dan Islamophobia.

- Pengajar: Puan Nadia Azzis
Kursus ini menerangkan Fiqh al-Sab`ah dari sudut pengenalan setiap satu ilmu komponen di dalamnya – fiqh al nusus, fiqh al-maqasid, fiqh al-awlawiyat, fiqh al-muwazanat, fiqh al-ikhtilaf, fiqh al-waqie dan fiqh al-taghyir. Kepentingan mempelajarinya kepada anggota gerakan Islam serta sejarah ringkas mengenainya. Pengetahuan tentang Fiqh Al-Nusus dan Fiqh Al-Maqasid dihuraikan bagi mengelakkan pelajar terlibat dalam aliran terlalu rigid terhadap nas atau terlalu longgar dalam menggunakan maqasid. Selain itu, kursus ini juga menjelaskan Fiqh Aulawiyat dan Fiqh Muwazanat dari sudut haraki dan sufi, serta kaedah-kaedah yang perlu diambil perhatian dalam membuat pertimbangan. Kursus ini juga menghuraikan perselisihan yang dibenarkan dan yang dilarang, punca-punca perselisihan, adab-adab dan batas-batas berkhilaf. Kursus ini diharapkan menghasilkan naqibat yang berupaya memahami isu semasa gerakan Islam melalui fiqh al-Waqie’ dan fiqh al-Taghyir dan mengadaptasi dan membuat kesimpulan atau tindakan bersandarkan ilmu Fiqh al-Sab`ah yang diperolehi.

- Pengajar: Dr. Faridah Hj Ahmad
- Pengajar: Ustazah Hannah Md Shofi
